HomePolitikPRU15 : Yakub Khan bertanding lima penjuru di Parlimen Sepangar

PRU15 : Yakub Khan bertanding lima penjuru di Parlimen Sepangar

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU : Parlimen Sepanggar menyaksikan saingan sengit lima penjuru membabitkan calon daripada lima buah parti politik.

Barisan Nasional (BN) yang diwakili calonnya Timbalan Pengerusi BN Sabah Datuk Yakubah @ Yakub Khan akan berdepan penyandang dari Parti Warisan (Warisan) Dato Mohd Azis Jamman.

Tiga lagi calon yang layak bertanding di kerusi Parlimen Sepanggar adalah calon mewakili Pakatan Harapan (PH) Mustapa Sakmud; Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Yusof Kunchang dan Jumardie Lukman yang bertanding atas tiket Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi Parlimen Sepanggar, Abdul Mukti Muchlis berkata, kelima-lima borang pencalonan itu diterima dengan masing-masing menghantar borang pencalonan antara jam 9.04 pagi hingga jam 9.26 pagi.

“Saya dengan ini mengumumkan telah menerima kertas penamaan calon daripada lima orang calon bagi pemilihan Dewan Rakyat bagi bahagian pilihan raya Parlimen Sepanggar.  Mereka telah mengemukakan kertas-kertas pencalonan iaitu dari Warisan; PH; Pejuang; BN dan PKDM.

“Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan tersebut dan setelah selesai disemak saya berpuas hati memutuskan tiada calon yang ditolak kertas penamaan,” katanya di Pusat Penamaan Calon Parlimen Sepanggar di Pusat Pembelajaran Bandaraya Kota Kinabalu di sini hari ini.

Kerusi Sepanggar sebelum ini dimenangi penyandang Dato Mohd Azis Jamman dengan majoriti 12,984 undi menewaskan Abdul Rahman Dahlan (BN); Jeffrey Kumin (SAPP) dan Robert Sopining (PCS). – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

13 barangan di bawah SHMMP di Labuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular