HomePolitikPRU15 : Teruskan pecutan, raih undi menangkan calon BN-GRS

PRU15 : Teruskan pecutan, raih undi menangkan calon BN-GRS

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Semua pihak diminta melipat gandakan usaha untuk memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada tempoh lima hari terakhir kempen ini.

Ketua Penerangan BN Sabah, Datuk Raime Unggi berkata, jentera, perayu undi dan ‘campaigner’ diminta meneruskan pecutan serta menjejaki pengundi untuk memilih calon yang dipertandingkan.

“Dalam tempoh-tempoh terakhir kempen ini, kita perlu tekad untuk melipat gandakan usaha memenangi pengundi dan turun ke kawasan yang mempunyai pengundi atas pagar.

“Gunakan semua platform yang ada, kita mahu menang buat cara mahu menang, tekadkan iltizam untuk memenangkan calon masing-masing,” katanya.

Menurut beliau, budaya terlalu selesa haruslah dielakkan semua pihak kerana ia boleh melarikan fokus untuk kempen yang dijalankan setakat ini.

“Saya mintalah, semua jentera BN dan GRS secara amnya lakukanlah pecutan maksimum untuk terus berkhidmat dan jangan patah semangat.

“Demi kemenangan parti dan gabungan, gerakan di kalangan jentera amat memainkan peranan, ” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya