HomeUtamaPKPD: Taman Zifa Bingkul, Beaufort mencatatkan 21 Kes Positif COVID-19

PKPD: Taman Zifa Bingkul, Beaufort mencatatkan 21 Kes Positif COVID-19

Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Dua Lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari iaitu di Taman Zifa, Bingkul, Beaufort dan Kampung Simpangan, Kota Marudu berkuat kuasa 05 Julai sehingga 18 Julai 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan media hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan situasi semasa kes COVID-19 di Taman Zifa, Bingkul, Beaufort dan telah merekodkan 21 kes positif COVID-19 setelah 50 orang penduduk menjalani ujian saringan dengan kadar positiviti 42.00%.

Manakala situasi terkini kes COVID-19
di Kampung Simpangan, Kota Marudu, sehingga kini, KKM melakukan 64 ujian saringan dan 10 daripadanya dikesan positif COVID-19 dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti tersebut.

Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri berkata, pelaksanaan PKPD di dua lokasi terbabit bertujuan untuk menyekat pergerakan dan penularan jangkitan virus COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut.

Sementara tiga lokaliti PKPD ditamatkan esok Sabtu, iaitu Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan, Fasa 1 & Fasa 2, Taman Digot, Penampang dan Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4, Lahad Datu.

“Pada masa sama, KKM mendapati trend kes telah menurun dan tiada lagi sampel ujian menunggu keputusan di tiga lokasi yang ditamatkan PKPD,”jelas Masidi.

RELATED ARTICLES
Utama

Ko-Nelayan berjaya capai prestasi pembangunan, inisiatif sepanjang 2023

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya