HomeIsu tempatanHajat Membawa Anak Gunting Rambut Tidak Kesampaian

Hajat Membawa Anak Gunting Rambut Tidak Kesampaian

Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : “Nanti Jumaat atau Sabtu kita gunting rambut ya, nak,” Itu ungkapan terakhir mangsa kemalangan maut, mendiang Jimmy Masadim kepada anaknya, Christiano Jimmy,7,pada pagi Khamis sebelum dia keluar bekerja sebagai penghantar barang dan makanan Grab Food.

Menurut isterinya, Cindy Chin Set Moi, sepanjang 13 tahun usia perkahwinan mereka, mendiang Jimmy merupakan seorang suami yang bertanggungjawab, mudah mesra dan sangat mengambil berat bukan sahaja kepada keluarga tetapi juga rakan-rakan dalam Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Sabah.


Oleh kerana sikapnya yang baik kepada semua orang di sekeliling, kelmarin jenazah mendiang Kontabel/SP Jimmy Masadim menerima penghormatan terakhir daripada ketua dan rakan-rakan sepasukan.

Hadir di Wisma Fook Lu Siew, Batu 2 Jalan Tuaran pada Sabtu ialah Pemangku Komandan Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Sabah, DSP/SP Ag Usli Mohd Salleh yang diiringi Ajutan PVR Sabah, Insp/SP Ruzee Jumatin serta beberapa anggota SSPDRM Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah. 

Ikut serta dalam rombongan tersebut ialah mantan Komandan Sabah, Paul Lajumin dan mantan Ketua Penyelia, Roslan Daban.

Selepas itu, Ag Usli dan rombongan sempat melawat ke kediaman mendiang di Taman Keramat bagi menyampaikan sumbangan kebajikan hasil kutipan derma kilat daripada pasukan terbabit kepada anak mendiang.

Turut memberi penghormatan, rakan-rakan skuad mendiang, SSPDRM Siri 2/2012 yang diketuai Penyelia SSPDRM Balai Polis Karamunsing, Koperal/SP Lydia Banging untuk mengucapkan takziah di samping menyampaikan sumbangan kepada Cindy.

Khamis lalu, mendiang yang menunggang motorsikal Grab Food maut selepas dirempuh oleh sebuah lori penghantar kurier yang hilang kawalan dari arah bertentangan di Jalan Papar Lama, kira-kira jam 1.50 petang. PENERANGAN

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

35 pelajar TARUMT hadir sebagai pemerhati sidang DUN Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya