HomeIsu tempatanPRU15 : SESB beri komitmen pastikan bekalan elektrik stabil di semua pusat...

PRU15 : SESB beri komitmen pastikan bekalan elektrik stabil di semua pusat penjumlahan undi

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memberi komitmen untuk memastikan bekalan elektrik di semua pusat penjumlahan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) di Sabah dan Labuan berada dalam keadaan yang stabil dan baik.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir Idris Mohd Noor berkata, sebanyak 26 janakuasa bergerak dan mudah alih akan disediakan sebagai plan mitigasi untuk memastikan bekalan elektrik yang berterusan.

Katanya, semua janakuasa bergerak dan mudah alih itu akan ditempatkan di semua Pusat Penjumlahan Undi.

“SESB mahu memastikan proses pengundian untuk PRU15 ini berjalan dengan lancar dan tidak ada insiden gangguan bekalan elektrik berlaku yang boleh menjejaskan proses pilihan raya.

“Seramai 500 anggota kerja SESB akan bertugas secara bergilir pada 19 November di semua Pusat Pembuangan dan Penjumlahan Undi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Idris berkata, pihaknya juga telah bersedia di bilik gerakan yang telah diaktifkan di ibu pejabat Wisma SESB. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

100 warga emas diraikan sempena Hari Natal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular