HomeUtamaCalon GRS Lo Su Fui menang di Parlimen Tawau

Calon GRS Lo Su Fui menang di Parlimen Tawau

Read Time:1 Minute, 1 Second

TAWAU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merampas kerusi Parlimen Tawau daripada Pakatan Harapan (PH) apabila calon GRS, Lo Su Fui menewaskan penyadang kerusi itu yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Christina Liew Chi Jin dengan majoriti undi 3,800.

Lo berjaya memperolehi sebanyak 19,865 undi sementara Christina hanya memperolehi 16,065 manakala empat calon lain WARISAN- Chenn Ket Chuin (11,263), Bebas-Mohd Salleh Bacho (1776), PEJUANG-Herman Amdas (1067), dan Bebas-Chin Chee Syn (651).

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api menang kerusi Parlimen Tawau pada PRU14 dengan majoriti 4,727.

Lo berasal dari Tawau merupakan bekas Presiden Dewan Perniagaan Cina Tawau (TCCC) dan Naib Presiden Dewan Perniagaan China Bersatu Sabah.

Pada 29 Januari 2021, beliau telah dilantik sebagai Pegawai Khas (Hal Ehwal Tiong Sabah) kepada Ketua Menteri dan beliau juga merupakan merupakan Pengarah Segalong Group.

Ketika ditemui media selepas diumum pemenang kerusi Parlimen Tawau, Lo berkata kemenangan itu dicapai bukan hasil kemenangan peribadi tetapi kemenangan kepada Parlimen Tawau secara keseluruhan.

“Saya akan jalankan komtimen saya untuk bangunkan Tawau dan selepas ini saya akan berbincang dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kerajaan di Tawau iaitu Datuk Seri Nizam Abu Bakar Titingan, Datuk Hamild Awang untuk majukan Tawau,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya