HomeUtamaKM Sabah ucap tahniah kepada PM ke-10

KM Sabah ucap tahniah kepada PM ke-10

Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke- 10 dan memberi jaminan Kerajaan Negeri akan bekerjasama dan memberi sokongan sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan beliau demi untuk manfaat dan kebaikan bersama.

Hajiji, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), menaruh keyakinan akan wujud kerjasama erat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan termasuk usaha menunaikan hak-hak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) antara kerajaan negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan yang baharu dibentuk di bawah pimpinan Anwar.

“Pengalaman luas Datuk Seri Anwar Ibrahim diyakini akan mampu membawa kebangkitan ekonomi yang sangat diperlukan untuk rakyat dan pembangunan seluruh negara pada masa depan,” katanya menerusi satu kenyataan medianya di sini hari ini.

Beliau juga berharap Manifesto Pakatan Harapan termasuk memperkasakan wilayah Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan sebaiknya.

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya