HomeUtamaAnwar Ibrahim angkat sumpah Perdana Menteri ke-10

Anwar Ibrahim angkat sumpah Perdana Menteri ke-10

Read Time:1 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 5.06 petang, di sini hari ini.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Anwar, 75, yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping warna keemasan diriingi isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.

Sejurus mengangkat sumpah, Ahli Parlimen Tambun itu menandatangani beberapa dokumen berkaitan sebelum upacara itu diakhiri dengan bacaan doa yang dipimpin Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Luqman Abdullah.

Anwar, yang juga merupakan Ahli Parlimen Tambun, dilantik sebagai Perdana Menteri selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan susulan titah perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan ini dimaklumkan menerusi kenyataan Istana Negara sejurus tamat sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada pagi Khamis.

Antara yang turut hadir menyaksikan istiadat itu ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun serta Speaker Dewan Negara, Tan Sri Rais Yatim.

Turut hadir, ketua-ketua parti politik negara seperti Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Anthony Loke Siew Fook serta Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi .

Sebuah kerajaan perpaduan dijangka bakal dibentuk, yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri.

RELATED ARTICLES
Utama

Juliah santuni anak-anak istimewa PPDK Tuaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya