HomeUtamaHuazong sokong penuh langkah Anwar bentuk kerajaan perpaduan

Huazong sokong penuh langkah Anwar bentuk kerajaan perpaduan

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Cina Malaysia (Huazong) mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10, hari ini.

Presidennya, Tan Sri T.C Goh berkata Huazong menyokong penuh langkah Anwar untuk membentuk kerajaan perpaduan, yang sejajar dengan mantera kegemaran Anwar iaitu ‘kita semua keluarga’, selama ini.

Goh berkata, beliau berharap berikutan kejayaan Anwar mengangkat sumpah sebagai PM Malaysia ke-10, di Istana Negara, hari ini, rakyat Malaysia daripada semua kaum akan berusaha untuk bekerjasama, bagi memastikan Malaysia lebih stabil dan progresif.

Goh dalam kenyatannya hari ini, turut menegaskan bahawa kedua-dua kerajaan dan pembangkang mesti berusaha untuk bekerja demi kepentingan negara dan rakyat.

Bagi pihak Huazong, beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan semua Raja-Raja Melayu, atas keperihatinan dan usaha mereka dalam menyelesaikan kebuntuan antara dua kuasa politik yang bersaing.

Goh turut menyifatkan keputusan terbaharu itu sebagai senario terbaik di bawah sistem raja pilihan berperlembagaan yang diguna pakai oleh Malaysia.

Goh, yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) berharap barisan kabinet Anwar yang akan dibentuk tidak lama lagi selain melantik penggubal dasar yang benar-benar layak dan sesuai untuk jawatan itu, juga akan lebih merangkumi semua kaum untuk lebih mencerminkan Malaysia yang berbilang kaum.

Justeru itu, beliau turut menekankan kepada parti dan ahli politik supaya mengenepikan perbezaan mereka untuk memudahkan kerajaan baharu menggubal dasar baharu yang dinamik untuk memacu negara lebih maju ke hadapan, ke arah yang betul.

“Kerajaan baharu seharusnya bersikap sederhana dalam mentadbir negara, dan menyatupadukan rakyat Malaysia daripada semua kaum bagi memastikan kestabilan politik, supaya kita semua dapat hidup dalam aman dan harmoni, sebagai ‘satu keluarga’, katanya.

Beliau turut menyeru rakyat khususnya masyarakat Cina dan termasuk pertubuhan agar memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada kerajaan baharu untuk menjadikan Malaysia kembali hebat.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya