HomeUtamaDUN Sabah : Sabah laksana pelbagai program tingkat potensi kemahiran golongan miskin,...

DUN Sabah : Sabah laksana pelbagai program tingkat potensi kemahiran golongan miskin, miskin tegar

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Negeri telah membina lima buah Pusat Kemahiran Masyarakat sebagai pusat pembangunan dan latihan keusahawanan bagi membantu meningkatkan potensi kemahiran golongan miskin dan miskin tegar di Sabah.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Harun Durabi berkata, pusat ini menyediakan kursus kemahiran dan latihan amali serta praktikal kepada golongan sasar.

Katanya, selain itu pembinaan lapan buah Pusat Keusahawanan Desa (PKD) yang dilengkapi dengan bangunan bengkel dan peralatan mesin.

Menurutnya, ia adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada kelompok usahawan bimbingan kementerian untuk meningkatkan pengeluaran produk dan mengembangkan perniagaan mereka.

“Contohnya di bawah PKD Kudat yang terdiri dari Bengkel Pemprosesan Kosmetik, Bengkel Pemproses Kek, Bengkel Pembuatan Mee Basah, Bengkel Pembuatan Cokelat dan Bengkel Canting Batik.

“Dalam pada itu, kementerian juga memperkenalkan program keusahawanan berasaskan pertanian dan program penternakan burung walit secara bersasar mengikut keperluan dan kesesuaian di daerah tersebut.

“Contohnya, Program Penternakan Burung Walit di Daerah Pitas dan Daerah Kecil Banggi dan program penanaman Sacha Inchi di daerah Kecil Tamparuli dan Kiulu.,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Anwar Ayuub @ Annuar Ayub (STAR- Liawan) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini hari ini.

Harun berkata, semua program keusahawanan yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kementerian adalah bertujuan dalam membantu golongan miskin tegar dan miskin untuk meningkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi, khususnya peningkatan pendapatan di kalangan komuniti luar bandar.

Katanya, di samping itu, terdapat juga beberapa program yang telah dirancang bagi membantu rakyat keluar daripada status miskin dan miskin tegar sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

“Antaranya, Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ); Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS); Program 1 Azam; Program Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) dan Program Mini Estet Sejahtera (MESEJ).

“Selain itu, turut dilaksanakan Program Projek Pembangunan Kecil (PPK);  Program Bekalan Air Luar Bandar Alternatif (BALBA); dan Program Bekalan Elektrik Luar Bandar Alternatif (BELBA),” katanya. – SABAH MEDIA / EAW

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular