HomeUtamaMASwings kendali penerbangan penumpang pertamanya guna SAF

MASwings kendali penerbangan penumpang pertamanya guna SAF

Read Time:1 Minute, 42 Second

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: MASwings, anak syarikat Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengendalikan penerbangan penumpang pertamanya menggunakan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) pada pesawat ATR72-500 dari Kota Kinabalu ke Labuan dan seterusnya berlepas ke Miri, Sarawak.

Penerbangan MH3043 berlepas dari Kota Kinabalu ke Labuan pada jam 10.00 pagi dengan 40 penumpang dan beroperasi ke Miri melalui MH3223 pada 11.00 pagi dengan 44 penumpang.

Semua penumpang penerbangan itu diberikan cenderahati istimewa barangan kitar semula buatan tangan oleh pasukan MAG.

Majlis itu dihadiri oleh Ketua Pegawai Kelestarian Malaysia Aviation Group, Philip See; Ketua Pegawai Operasi MASwings, Kapten Nasaruddin A. Bakar dan pasukan Petronas Dagangan, diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Komersial, Ramzulhakim Ramli.

Kapten Nasaruddin berkata, SAF dalam penerbangan penumpang pertama yang dikendalikan oleh MASwings menandakan satu peristiwa penting dalam mewujudkan lebih banyak lagi persekitaran operasi yang mampan dan untuk mencapai sasaran kumpulan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

“Tanpa langkah pertama yang penting ini, kami tidak akan dapat maju ke hadapan, oleh itu saya memuji usaha pasukan kami hari ini kerana ia menunjukkan komitmen kami terhadap ‘Sustainable Tomorrow’ dengan memastikan perkhidmatan dan operasi nya di Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan memenuhi aspirasi dan harapan kerajaan serta orang awam,” katanya semasa berucap merasmikan majlis tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini.

Selaras dengan perjalanan kemampanan kumpulan ke arah mencapai masa depan karbon bersih-sifar menjelang 2050 dan
Sustainable Tomorrow, berpandukan Kumpulan Pelan Tindakan Kelestarian yang dilancarkan pada April 2021, inisiatif oleh MASwings menambah satu siri penerbangan SAF yang dilancarkan oleh MAG bermula dengan kargo pertama negara dan penerbangan penumpang menggunakan SAF.

Ini termasuk pesawat komersial berdaftar pertama negara daripada Amsterdam ke Kuala Lumpur, penerbangan penumpang pertama dari Kuala Lumpur ke Singapura dikendalikan oleh Malaysia Airlines, serta Firefly (syarikat di bawah MAG) penerbangan penumpang domestik pertama dari Subang ke Pulau Pinang, dan penerbangan antarabangsa pertama dari Seletar, Singapura ke Subang.

Terbaru, Firefly Airlines mengendalikan dua penerbangan menggunakan turboprop ATR72-500 ke Pulau Pinang dan Seletar menggunakan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF).

RELATED ARTICLES
Utama

MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan tahap waspada di Sabah, Labuan hari...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular