Projek Green Steel di SOGIP, utamakan ambilan pekerja anak tempatan Sipitang – Dr Yusof

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:3 Minute, 12 Second

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob mengalu-alukan pelaburan terbesar yang hampir RM20 bilion menerusi Projek Green Steel yang dikendalikan Syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (ESTELL Sabah) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Sehubungan dengan perkara itu, Dr Yusof memohon kepada pelabur dan pihak Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) supaya peluang pekerjaan semasa pembinaan itu dibuka akan diberi keutamaan kepada penduduk ataupun anak tempatan Sipitang terlebih dahulu.

“Bagi pihak rakyat Sipitang dan sebagai ADUN Sindumin, saya mengalu – alukan pelaburan terbesar ini yang hampir RM20 bilion menerusi projek Green Steel yang dikendalikan Syarikat Esteel Enterprise Sabah Sdn Bhd (ESTELL Sabah) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

“Sudah tentu inilah yg ditunggu – tunggu oleh rakyat Sipitang kerana peluang ini merancakkan aktiviti ekonomi Sipitang dimana seperti kata Pengerusi Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan “Projek ini dijangka akan menjana “spin-off” ekonomi yang besar kepada masyarakat setempat melalui penciptaan 10,000 hingga 15,000 peluang pekerjaan dalam tempoh pembinaan dan 1,752 dalam tempoh operasi bagi Fasa I sahaja dengan tambahan 8,000 lagi peluang pekerjaan secara langsung.

“Manakala, bagi fasa kedua dan ketiga pula dijangka akan mewujudkan 5,455 peluang pekerjaan sepanjang tempoh operasi, selain 30,000 lagi peluang pekerjaan secara langsung.

“Tetapi bagi kita di Sipitang, kita memohon kepada pelabur ini dan pihak SOGDC supaya peluang pekerjaan bagi projek tersebut hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk ataupun anak tempatan Sipitang terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Dr Yusof juga turut meminta supaya pelabur berkenaan mengadakan perbincangan mengenai pekerja-pekerja tetap, apakah jenis kategori sekiranya pekerja tetap itu perlu latihan kepakaran-kepakaran tertentu dan perkara itu mesti diatur dari sekarang.

Beliau turut mencadangkan peluang – peluang kerja kontrak kepada usahawan Sipitang dan peluang kerja tetap kepada penduduk Sipitang dalam industri minyak dan gas di SOGIP.

Mengenai peringkat penyediaan tapak, Dr Yusof meminta kepada semua pelabur atau pemilik projek dan supaya dapat memberi peluang sekurang-kurangnya 30 peratus sub- kontrak kepada syarikat anak tempatan Sipitang.

“Projek ini meliputi kerja-kerja penyediaan tapak dan infra asas seperti kerja-kerja tanah, membina parit, longkang dan sebagainya serta termasuklah pembinaan kilang kebanyakannya kerja-kerja specialist dan technical mengikut kelayakan dan kemampuan syarikat,” tambahnya.

Katanya, temuduga secara terbuka mesti dilaksanakan di Sipitang.

Pada masa ini, menurut Dr Yusof lagi, ramai anak-anak Sipitang berada di peringkat pengurusan dan profesional seperti jurutera atau system analyst dan lain – lain.

“Terdapat juga anak Sipitang yang ada kemahiran seperti welder, scaffolder yang sedang bekerja di syarikat – syarikat Oil & Gas di Teluk Mexico, Middle East dan Russia. Mereka ini boleh dipanggil untuk bekerja di Sipitang.

“Di sini kita perlu bekerjasama supaya perancangan dan impian ini jadi kenyataan. Justeru, peranan pemimpin (politik, ketua masyarakat, NGO, pegawai kerajaan) menjadi perantara dan mengatur peluang selain mengatur tajaan dari PETRONAS, Yayasan Sabah, BKNS, MARA serta bekerjasama dengan IPTA /IPTS untuk pengambilan latihan kemahiran dan profesional,” katanya.

Dr Yusof menyeru kepada semua pihak supaya memainkan peranan masing-masing termasuklah ibubapa memberi kefahaman dan motivasi kepada anak-anak untuk menyusun kemajuan keluarga.

“Peranan individu terutama golongan belia, yang baru masuk IPTA/ IPTS dan lepasan IPTA/IPTS supaya faham keperluan masa kini.

“Peranan usahawan ataupun kontraktor tempatan berusaha mencari peluang, dapatkan info dan kelayakan tertentu seperti persijilan, pekerja yang berkelayakan, modal yang cukup untuk layak menjadi Kontraktor kepada bidang- bidang tertentu seperti kerja-kerja specialist, perbekalan bahan mentah, perbekalan tenaga kerja (labour supply) dan sebagainya.

“Manakala peranan Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) di sekolah rendah dan menengah untuk memberi motivasi serta kefahaman kepada pelajar melalui program ceramah kerjaya dan lawatan ke kilang atau industri Oil & Gas. Ini untuk memupuk minat pelajar terhadap industri Oil & Gas,” katanya.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *