HomeUtamaPersatuan Pengguna Sabah desak segera tangani masalah bekalan air bersih

Persatuan Pengguna Sabah desak segera tangani masalah bekalan air bersih

Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menggesa Jabatan Air Sabah agar segera menangani isu masalah bekalan air yang masih berlarutan sehingga hari ini.

Menurut Presidennya, David Chan pihaknya banyak menerima aduan bahawa masalah keperluan asas tersebut telah mengganggu kehidupan harian mereka.

“Kita meminta supaya pihak Jabatan Air Sabah prihatin dan mengambil serius isu ini kerana pengguna kini keletihan akibat sering berhadapan masalah air sejak Covid-19 bermula, air adalah penting untuk kehidupan seharian kita, terutamanya apabila kita menjaga orang sakit di rumah. 

“Mereka yang bertanggungjawab perlu melihat dengan serius masalah-masalah yang timbul kerana selepas tiga tahun berhadapan dengan Covid-19 kita masih menghadapi masalah yang sama tanpa diperbetulkan,” katanya. 

Beliau berkata, pengguna bimbang apakah pelan kontingensi Jabatan Air Sabah dalam menangani isu berkenaan bagi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

“Baik dalam kalangan orang awam, suri rumah serta peniaga restoran dan penjual makanan mengadu kehidupan dan perniagaan mereka terjejas akibat bekalan air sering terputus.  

“Jabatan Air Negeri Sabah perlu berbincang dengan Kerajaan Negeri dan Kerajaan Perpaduan yang baharu bagi mengatasi masalah bekalan air yang dialami rakyat di negeri ini,” tambah beliau.

Katanya, paling terkesan ialah golongan warga emas serta mereka yang menjaga orang sakit di rumah amat memerlukan bekalan air bersih yang stabil.

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular