HomeUtamalelaki cedera dihempap pokok semasa memancing ikan

lelaki cedera dihempap pokok semasa memancing ikan

Read Time:44 Second

KOTA BELUD: Seorang lelaki cedera dihempap pokok semasa sedang memancing ikan di tepi sungai di Kg Tamu Darat dekat sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud PPgB Muhammad Syazwan Latun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.46 malam tadi (7 Dis) mengenai kejadian tersebut.

“Setiba pasukan Bomba di lokasi kejadian mendapati pokok tumbang menghempap seorang mangsa yang sedang melakukan aktiviti memancing ikan di tepi sungai menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam sungai sedalam 12 kaki.

“Mangsa dikenali sebagai Belingi Ewoi @ Yawai, 59, berjaya diselamatkan oleh anak mangsa dan berpaut pada pokok yang tumbang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhammad Syazwan berkata, pasukan Bomba menjalankan operasi menyelamat menggunakan sistem hauling dan membawa mangsa naik ke tebing sejauh 15 meter menggunakan stretcher.

“Mangsa diberi rawatan awal dan diserahkan kepada pihak Ambulan untuk tindakan selanjutnya. Operasi ditamatkan pada jam 10:44 malam tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Angin kencang landa Semporna, 35 rumah dan 20 kenderaan terjejas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular