HomeUtama10 Rumah Setinggan Atas Air Musnah Terbakar Di Tanjung Aru Baru

10 Rumah Setinggan Atas Air Musnah Terbakar Di Tanjung Aru Baru

Read Time:56 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Kira-kira 10 rumah setinggan atas air jenis tidak kekal, musnah dalam kebakaran di Kampung Tanjung Aru Baru, awal pagi hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sabah dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada pukul 7.08 pagi melalui talian Malaysian Emergency Response Services 999 (MERS 999).

“Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira 4km dengan dibantu BBP Penampang,” menurut kenyataan itu hari ini.

Seramai 40 anggota bersama kekuatan logistik berjaya membuat pemadaman dengan teknik ‘Offensive Firefighting/Fire Break’ bagi mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah berhampiran sekali gus menyelamatkan puluhan rumah daripada musnah.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan berasingan memaklumkan dua daerah terlibat insiden kebakaran iaitu Kampung Panji Darat di Semporna semalam (5 Julai) dan Kampung Tanjung Aru Baru di Kota Kinabalu, hari ini.

Rentetan itu, sebuah pusat pemindahan Dewan Belia dan Sukan di Semporna dibuka bagi menempatkan 37 mangsa manakala di Kampung Tanjung Aru Baru, proses mengenal pasti mangsa kebakaran sedang dijalankan.

RELATED ARTICLES
Utama

Pengamal media bantu kerajaan sebar, terangkan berita tepat, sahih kepada rakyat...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya