HomeIsu tempatanMOSTAC laksana siri Jelajah Ilmu ke UniSHAM

MOSTAC laksana siri Jelajah Ilmu ke UniSHAM

Read Time:1 Minute, 15 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KEDAH : Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan (MOSTAC) telah mengadakan satu siri Jelajah Ilmu MOSTAC ke Universiti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAM) di sini semalam.

Jelajah Ilmu itu diketuai sendiri menterinya Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan turut disertai Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Ustaz Malai Ali Malai Ahmad; Setiausaha Tetap MOSTAC Sapdin Ibrahim; Setiausaha merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MUIS Ramlan Awang Ali dan Timbalan Setiausaha Tetap MOSTAC Mohamad Sidik Ag Adi.

Arifin berkata, UniSHAM sebelum ini dikenali sebagai INSANIAH yang menjadi antara institut Islam kembar dengan Universiti al-Azhar, Mesir.

Katanya, pelajar dari INSANIAH akan belajar di INSANIAH beberapa tahun dan akan menghabiskan kuliah mereka seterusnya di Universiti al-Azhar, Mesir yang biasanya dalam jurusan Syariah, Usuluddin dan Lughah.

“INSANIAH selepas itu dinaik taraf menjadi Kolej Universiti atau KUIN dan akhirnya menjadi UniSHAM yang berdiri sebagai sebuah Universiti Islam dengan pelbagai jurusan termasuk bidang kedoktoran, perakaunan dan teknologi maklumat.

“Sejak dari INSANIAH, KUIN sehinggalah ke UniSHAM, Kerajaan Negeri melalui MUIS iaitu Bahagian Zakat dan Fitrah telah menaja pelajar Sabah ke universiti ini,” katanya.

Arifin berkata, sehingga kini terdapat 16 pelajar Sabah tajaan MUIS yang sedang mengikuti kuliah Syariah dan Usuluddin di UniSHAM.

Katanya, kebanyakan mereka adalah dari Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Papar; SMAN Toh Puan Hajah Rahmah dan SMAN Islamiah Tawau.

“Terima kasih kepada Prof Dr Asmadi Mohamed Naim, Naib Canselor UniSHAM yang dalam ucapan sambutannya menawarkan beberapa jurusan kepada anak-anak Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan kapal pukat jerut bilis kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular