HomePolitikAzalina tunggu laporan AG mengenai empat ahli Parlimen Sabah 

Azalina tunggu laporan AG mengenai empat ahli Parlimen Sabah 

Read Time:58 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said, menunggu laporan rasmi dan pandangan perundangan dari pejabat Peguam Negara (AG), berhubung kedudukan empat ahli Parlimen dari parti Bersatu yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Beliau berkata dalam Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan, keputusan muktamad adalah terpulang kepada Speaker (Dewan Rakyat) dalam masa 21 hari, selepas notis diberikan kepada beliau.

“Tetapi dalam pindaan Perlembagaan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663), diletakkan beberapa syarat untuk membuat kepastian.

“Jadi di luar bidang kuasa saya untuk memberikan komen. Tapi saya tunggu laporan dan ‘legal opinion’ Peguam Negara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai isu empat Ahli Parlimen Sabah itu, selepas menutup Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022, di sini hari ini.

Kelmarin, Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pemimpin Bersatu Sabah membuat keputusan sebulat suara untuk keluar daripada parti itu, namun kekal di bawah GRS.

Empat Ahli Parlimen berkenaan ialah Datuk Matbali Musah (Sipitang), Datuk Armizan Mohd Ali, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Papar), Datuk Jonathan Yasin (Ranau) dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan (Batu Sapi).

RELATED ARTICLES
Utama

Kelab Lions mampu membawa perubahan positif dalam komuniti

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya