HomeUtama4 mangsa ditemui di dalam 1 khemah

4 mangsa ditemui di dalam 1 khemah

Read Time:1 Minute, 30 Second

Hulu Selangor: Kesemua empat mayat mangsa tanah runtuh yang ditemukan di lokasi pencarian di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali di sini, berada dalam satu khemah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, pencarian dilakukan di kawasan Sektor C (River Side) sebelum menemui mayat mangsa pada kedalaman tujuh meter di bawah tanah.

“Mayat mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.04 pagi. Mangsa membabitkan seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Keempat-empat mayat mangsa ditemui dalam satu bungkusan khemah. Mayat kemudian dibawa keluar dan mendapati masih sempurna serta lengkap berpakaian, namun sudah mula mereput,” katanya dalam sidang media di lokasi hari ini.

Suffian berkata, mayat mangsa diperiksa oleh pasukan Pengecam Mangsa Bencana (DVI) sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh (HSB) untuk bedah siasat.

Ditanya kemungkinan kesemua mangsa adalah satu keluarga, beliau berkata, identiti, umur dan hubungan kesemua mangsa terbabit belum dikenalpasti.

Katanya, operasi SAR diteruskan dengan tumpuan pencarian di Sektor A (Hill View) dan Sektor C (River Side) yang dipercayai menjadi lokasi perkhemahan tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, mayat kesemua mangsa berkenaan ditemui selepas kerja pengorekan oleh jengkaut (excavator) dijalankan di lokasi pencarian.

“Petunjuk awal kita (pasukan pencarian) dapat kesan khemah dan kita bawa Unit Anjing Pengesan (K9) untuk kesan kemungkinan ada mangsa. 

“Selepas itu, kita korek tanah dan mengeluarkan khemah berkenaan sebelum menemui empat mangsa berdekatan antara satu sama lain bersama barangan peribadi,” katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seramai 94 individu terbabit dalam insiden berkenaan dengan 61 mangsa berjaya diselamatkan manakala 30 mangsa disahkan terkorban membabitkan 14 wanita dewasa, enam lelaki dewasa, enam kanak-kanak lelaki serta empat kanak-kanak perempuan.

RELATED ARTICLES
Utama

2,300 lepasan universiti disasar sertai Program PROTEGE Projek Lebuh Raya Pan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya