Kerajaan sentiasa sokong usaha melahirkan modal insan terampil, kompetan dan berdaya saing

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 34 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah memperuntukkan lebih RM6.1 juta kepada Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah pada tahun hadapan.

Menteri Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukkan itu adalah bagi menjayakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Pada tahun ini Kerajaan Negeri Sabah telah memperuntukkan RM6,058,010 kepada ILTP, dan RM 6,150,010 bagi tahun 2023 dalam usaha menjayakan inisiatif jabatan dan kerajaan dengan melaksanakan 15 program latihan TVET.

“Seperti kita sedia maklum, cabaran baru pada fasa endemik ini menuntut pembaharuan komitmen tinggi khususnya belia bagi melonjakkan kembali ekonomi negara.

“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk memastikan setiap warga Malaysia dapat meneruskan kehidupan sepanjang tempoh mencabar terutamanya dalam menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Konvokesyen JPSM Siri 2/2022 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Mohd Arifin berkata, Kerajaan Sabah juga sentiasa menyokong dan mendokong segala usaha yang dilaksanakan oleh JPSM dalam melahirkan modal insan yang terampil, kompeten dan berdaya saing apabila memasuki pasaran kerja.

Katanya, ianya juga adalah selaras dengan hala tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 1.0 (2021 2025) iaitu teras Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

“Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jabatan dan agensi-agensi yang telah menerima 10 orang pelatih ILTP daripada Program Pentadbiran Sistem Maklumat, Diploma Kemahiran Malaysia Tahap 4 untuk menjalankan latihan praktikal di jabatan dan agensi mereka.

“Latihan praktikal adalah satu kaedah latihan pekerjaan yang masih relevan masa kini sebagai salah satu pendedahan awal kepada alam pekerjaan. Malalui pendedahan ini, para graduan lebih bersedia untuk menerima cabaran-cabaran alam pekerjaan,” katanya.

Terdahulu, seramai 60 orang graduan ILTP Papar dan Kota Kinabalu berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada majlis itu. – SABAH MEDIA/EAW

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *