HomeUtamaTiada sebarang borang, dokumen perlu diisi untuk BAP 2023 - KPM

Tiada sebarang borang, dokumen perlu diisi untuk BAP 2023 – KPM

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Peruntukan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM 150 kepada semua murid seperti yang diumumkan Kerajaan akan disalurkan ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan sekolah terlebih dahulu.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi hantaran di Facebook rasminya memaklumkan bahawa peruntukan BAP itu akan dikreditkan ke akaun sekolah seawal 12 Januari 2023.

Sejurus itu, pihak sekolah diminta untuk mengagihkan bantuan berkenaan kepada murid secepat mungkin sejurus menerima peruntukan berkenaan.

“Untuk bantuan ini, tiada sebarang borang atau dokumen perlu diisi oleh murid atau ibu bapa sebelum menerima BAP.

“KPM juga tidak menyediakan sebarang talian khusus. Segala penjelasan lanjut berkaitan BAP boleh dirujuk melalui Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 20 Tahun 2020: Bantuan Awal Persekolahan di laman sesawang rasmi KPM,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

KPM memaklumkan, bantuan berkenaan akan diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria seperti warganegara Malaysia dan murid Tahun Satu sehingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya bagi sesi Persekolahan 2023/2024.

Kriteria lain adalah mereka pelajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama, Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan kerajaan, Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney.

Selasa lalu, Perdana enteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 di Dewan Rakyat memaklumkan, kerajaan bersetuju menyalurkan BAP bernilai RM150 kepada semua murid, tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa, pada Januari 2023.

Beliau berkata, langkah itu penting untuk mempersiapkan murid dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya, selain memberi perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pembelian buku teks. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DUN Sabah : Kerajaan negeri puas hati dengan peranan ESSCOM sebagai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya