HomeIsu tempatanGolongan belia diseru pelajari ilmu keusahawanan, perniagaan - Ellron

Golongan belia diseru pelajari ilmu keusahawanan, perniagaan – Ellron

Read Time:1 Minute, 19 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

SOOK : Golongan belia diseru untuk terus mendalami dan mempelajari ilmu keusahawanan serta perniagaan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada sektor pekerjaan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, inisiatif itu dilihat penting khususnya ketika negara masih berhadapan dengan masalah ekonomi.

“Selaku menteri bertanggungjawab kepada belia di negeri ini, saya melihat ini adalah suatu perkara yang penting untuk belia melengkapkan diri dalam bidang keusahawanan.

“Ini juga bagi membolehkan para belia tidak hanya bergantung kepada sektor pekerjaan semata-mata.  Pihak kementerian juga sentiasa akan membantu mana-mana pihak khususnya persatuan belia yang mahu ahlinya dilengkapi dengan ilmu perniagaan dan keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Myfit@Motor Sport Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di TMR Amban Resort Kampung Kuit Lanas, Sook di sini semalam.

Dalam perkembangan lain Ellron turut bersetuju agar TMR Amban Resort dijadikan sebagai salah satu produk dan lokasi pelancongan khususnya di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu perlulah dirujuk kepada pihak Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) untuk meminta khidmat nasihat dan cadangan.

“Saya melihat TMR Amban Resort mempunyai potensi yang baik untuk dijadikan pusat pelancongan, namun begitu saya menyarankan agar pihak TMR merujuk kepada KePKAS terlebih dahulu.

“Ini kerana mereka merupakan satu badan pakar rujuk yang boleh memberikan cadangan bernas bagi pihak yang ingin berkecimpung dalam bidang pelancongan,” katanya.

Terdahulu Program Myfit@Motor Sport Peringkat Negeri Sabah  yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah itu dengan kerjasama Trusmadi Motor Ride dan KRT Kampung Kuit Lanas ini berlangsung selama dua hari yang berakhir semalam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Tun Juhar terima kunjungan Duta Uruguay

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya