HomeUtamaPBS sokong pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin

PBS sokong pelantikan Ismail Sabri dan Hishammuddin

Read Time:54 Second

KUALA LUMPUR: Parti Bersatu Sabah menyokong penuh pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri dan Menteri Kanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, menyifatkan keputusan itu tepat dan wajar. 

Presidennya Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas rombakan kecil dalam menteri kabinet, sambil menambah ia akan mengukuhkan lagi  Kerajaan dan barisan Kabinet Perikatan Nasional.

“Perlantikan Timbalan Perdana Menteri yang baharu ini bukan sahaja tepat pada masanya, tapi juga tindakan yang sewajarnya, khusus dalam memenuhi keperluan negara.

“Beliau (Ismail) adalah pemimpin yang tepat untuk tugasan tersebut setelah menunjukkan prestasi yang sangat baik tahun sebelumnya.

“Beliau juga telah menjalankan tugas dengan baik sebagai menteri kanan, terutama dalam mengawal dan menangani situasi Covid-19 di negara ini,”  kata Maximus, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).

Selain itu, PBS juga yakin Hishammuddin akan menjalankan tugasnya dengan baik sebagai menteri kanan mengetuai kluster keselamatan.

“Pelantikan baharu ini juga akan mengukuhkan lagi kestabilan kerajaan PN, dan PBS akan terus bekerjasama rapat dengan kepimpinan di peringkat negeri dan persekutuan,” kata Maximus.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Juhar banyak menyumbang kepada Sabah sepanjang tempoh perkhidmatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular