HomeUtamaProjek pembangunan libatkan golongan nelayan terus dilaksana

Projek pembangunan libatkan golongan nelayan terus dilaksana

Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Projek pembangunan khususnya yang melibatkan komuniti masyarakat nelayan di negeri ini akan terus dilaksanakan bagi memastikan taraf hidup dan ekonomi golongan itu terus terjaga.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata, ini termasuklah cadangan bagi membina sebuah kompleks pendaratan ikan di Sandakan seluas 20 hektar.

“Hari ini saya mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah dan menerima taklimat berkaitan pelbagai isu dan rancangan pembangunan untuk golongan nelayan khususnya di Sabah.

“Ini termasuklah cadangan untuk membina sebuah kompleks pendaratan ikan di negeri ini dan akan dilaksanakan di Sandakan seluas 20 hektar. Ia merupakan satu perkara yang baik untuk golongan nelayan. Kita tidak akan menghentikan projek pembangunan yang baik untuk nelayan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Foong Hin berkata, pihaknya menerusi agensi Kerajaan Persekutuan juga tidak berhasrat untuk ‘masuk campur’ dalam sebarang kuasa pentadbiran agensi di bawah Kerajaan Negeri.

“Kita amat memahami dengan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) iaitu suatu isu yang perlu dihormati khususnya dalam bidang kuasa Kerajaan Negeri.

“Ini termasuklah dalam sektor pertanian dan perikanan. Sudah tentu apa saja yang kita laksanakan di sini adalah untuk membantu membangunkan nelayan tempatan,” katanya.

Dalam majlis berasingan, Foong Hin turut mengadakan lawatan kerja bagi menyempurnakan Program Jiwa Murni bersama Nelayan di Pulau Gaya pagi tadi.

Dalam lawatan tersebut, Foong Hin telah menyerahkan ‘Mock Cheque’ bernilai RM100,000 kepada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kota Kinabalu sebagai bantuan pembinaan Jeti Kampung Lobong separa konkrit untuk manfaat lebih 350 orang penduduk Kampung Lobong.

Dalam lawatan kerja yang sama juga, Foong Hin turut menyerahkan bantuan sebanyak RM10,000 menggunakan peruntukan Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan serta bakul makanan kepada enam orang nelayan Pulau Gaya yang terjejas akibat kejadian ribut baru-baru ini.

“Pihak kementerian dan LKIM sentiasa berusaha dan komited untuk membantu meringankan beban yang ditanggung golongan sasar nelayan seterusnya nelayan terjaga memastikan kebajikan dan keselamatan selain memastikan sekuriti makanan sentiasa terjamin dalam apa jua keadaan,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Polis nafi dakwaan perobohan rumah balu anggota PDRM di Semporna

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular