Dua kapal tangki ditahan lakukan pemindahan minyak

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini
Read Time:1 Minute, 0 Second

LABUAN : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) Zon Maritim Labuan menahan dua buah kapal tangki yangdisyaki melakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran, awal pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Labuan, Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, pihaknya telah mengesan dua buah kapal tangki yang merapat diantara satu sama lain dalam keadaan mencurigakan di kedudukan satu batu nautika dari Labuan sekitar jam 3 pagi.

Katanya, pasukan menggeledah telah melaksanakan pemeriksaan dan mendapati kapal-kapal berkenaan sedang giat melakukan aktiviti pemindahan minyaksecara haram.

“Pemeriksaan keatas dokumentasi mendapati bahawa kedua-dua kapalterbabit tidak mempunyai dokumen kebenaran daripada Pengarah JabatanLaut Malaysia untuk aktiviti pemindahan minyak.

“Selain itu, kawasan kejadian merupakan kawasan yang tidak digazetkansebagai kawasan aktiviti pemindahan antara kapal (Ship-To-Ship Transfer).

“Kedua-dua kapal terbabit bersama lapan orang kru termasuk nakhoda yangberumur lingkungan 30 hingga 50 tahun ditahan untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nudin berkata, kes disiasat dibawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952.

“Maritim Malaysia menyeru kepada semua komuniti perkapalan supayamengikuti saluran yang betul dalam melakukan aktiviti Ship-to-Ship Transferbagi mengelakkan daripada disabitkan kesalahan undang-undang.

“Komuniti maritim dinasihatkan supaya melaporkan salahlaku jenayah dilautkepada Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui taliankecemasan MERS 999,” katanya. – SABAH MEDIA

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *