HomeUtamaHajiji hadiri Majlis Krismas, Kesyukuran, Tahun Baharu 2023 Parlimen Keningau

Hajiji hadiri Majlis Krismas, Kesyukuran, Tahun Baharu 2023 Parlimen Keningau

Read Time:51 Second

TAMBUNAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor diiringi Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan menghadiri Majlis Sambutan Krismas 2022, Majlis kesyukuran P. 180 Keningau dan Majlis Sambutan Tahun Baharu 2023 di Dewan Pisompuruan Square, di sini, hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor (tengah) dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan memotong kek sempena dengan ulang tahun Ke-12 United Borneo Front pada Majilis Sambutan Krismas 2022 Majlis kesyukuran P. 180 Keningau dan Majlis Sambutan Tahun Baharu 2023 di Dewan Pisompuruan Square,Tambunan di Tambunan, hari ini.

Pada majlis sama turut diadakan acara memotong kek sempena dengan ulang tahun Ke-12 United Borneo Front.

Majlis turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan dan ADUN Sook, Datuk Ellron Angin, Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan ADUN Paginatan, Datuk Abidin Madingkir, Pembantu Menteri Kerja Raya dan ADUN Bingkor, Datuk Robert Tawik, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat dan ADUN Tulid, Datuk Flovia Ng dan ADUN Liawan, Datuk Annuar Ayub.

RELATED ARTICLES
Utama

Tiada kompromi terhadap peniaga Pakistan naikkan harga barang jualan – James

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular