HomeUtamaSektor koperasi diseru ceburi aktiviti ternakan ayam

Sektor koperasi diseru ceburi aktiviti ternakan ayam

Read Time:1 Minute, 30 Second

KUALA LUMPUR: Sebanyak 21 koperasi yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) terlibat dalam aktiviti ternakan ayam dengan jumlah pendapatan sebanyak RM57.46 juta setahun.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berharap lebih banyak koperasi di negara ini menceburi aktiviti ternakan ayam bagi meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran ayam di negara ini.

“Bagi koperasi sedia ada yang terlibat dalam bidang ini, saya berharap mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya bantuan yang disediakan kementerian melalui SKM untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka.

“Pelbagai bantuan disediakan bagi memperkasakan koperasi dalam aktiviti ternakan ayam antaranya pembiayaan sehingga RM3 juta melalui Tabung Agromakanan dan Bantuan Pembangunan sehingga RM300,000 bagi mengukuh infrastruktur aktiviti ternakan ayam.

“Ini adalah antara inisiatif yang disediakan SKM untuk pemerkasaan koperasi dalam sektor ini,” katanya selepas sesi Libat Urus Menteri KUSKOP Bersama Koperasi Ternakan Ayam sempena lawatan rasmi dan taklimat SKM, di Menara SKM, di sini, semalam.

Taklimat SKM disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif SKM Rusli Jaafar.Ewon turut diberikan taklimat mengenai Rang Undang-Undang SKM (Pindaan) 2022 dan Pelaksanaan Koperasi Rakyat 2.0 Malaysia Berhad (BR2.0).

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif SKM yang baru Datuk Umar Sarim Saidin ketika menyampaikan taklimat mengenai Koperasi Ternakan Ayam berkata, kesemua 21 koperasi itu di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

“Kebanyakan koperasi yang terlibat dalam penternakan ayam adalah secara contract farming bersama pihakintegrator (majoriti dengan Ayamas),” katanya.

Umar Sarim berkata, dari segi kapasiti pengeluaran ayam oleh koperasi, sejumlah 5.2 juta ekor ayam setahun berbanding keperluan domestik berjumiah 2.5 juta ekor ayam sehari.

Katanya lagi, antara isu dan cabaran yang dihadapi koperasi dalam perusahaan ini ialah peningkatan harga bibit dan input, manipulasi pihak integrator dalam kontrak dan urusniaga serta kesukaran mendapatkan bibit (DOC) berkualiti dan kesan kematian serta kecacatan yang tinggi. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Musa selamat tiba di Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular