HomeUtamaBanjir : Jumlah mangsa di Sabah terus meningkat, tiga daerah terjejas

Banjir : Jumlah mangsa di Sabah terus meningkat, tiga daerah terjejas

Read Time:1 Minute, 13 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Seramai 607 mangsa banjir di negeri ini telah dipindahkan ke lapan buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga buah daerah di Sabah setakat jam 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata, antara daerah yang terlibat ialah Paitan; Pitas dan Kudat.

“Mangsa yang dipindahkan ke lapan buah PPS di tiga daerah ini adalah melibatkan 139 ketua isi rumah (KIR).

“Selain tiga daerah ini, sebanyak tujuh PPS dibuka di Kota Marudu namun jumlah mangsa yang ditempatkan kini masih dalam proses pengiraan jumlah mangsa terlibat selain dua lagi PPS di Paitan juga masih dalam proses pengiraan mangsa terlibat,”menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Setakat jam 4 petang tadi juga, daerah Kudat terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 381 orang melibatkan 77 KIR.

Bagi daerah Paitan pula, jumlah mangsa terjejas banjir ialah seramai 147 orang melibatkan 41 KIR manakala di Pitas pula adalah seramai 79 orang melibatkan 21 KIR.

Antara PPS yang telah dibuka ialah di Paitan adalah di Dewan Kampung Kubambangan (46 mangsa); Dewan Kampung Batangon Darat (52 mangsa) dan Dewan Kampung Binsulung (49 mangsa).

Bagi daerah Pitas pula, sebanyak tiga PPS telah dibuka antaranya di Rumah Ketua Kampung Sinasak Baru (18 mangsa); Surau Kampung Sibuang (38 mangsa) dan Dewan Kampung Kusilad (23 mangsa).

Manakala di Kudat, sebanyak dua PPS dibuka pada hari ini iaitu di Dewan Terbuka Matunggong (59 mangsa) dan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sikuati (322 mangsa) –SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Mangsa samun ditetak, patah tulang, luka lengan kanan dan kiri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya