HomeUtamaInsiden Bot Ronda karam, 7 anggota tentera selamat

Insiden Bot Ronda karam, 7 anggota tentera selamat

Read Time:50 Second

SANDAKAN: Tujuh anggota tentera Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) berjaya diselamatkan dalam kejadian Bot Ronda Viper 7 Markas ATB 2 karam di kawasan perairan Pulau Nunuyan Sandakan semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris
Abdullah mengesahkan kejadian berkata, semalam (25 Jan) jam lebih kurang 10.00 pagi Bot Ronda Viper 7 Markas ATB 2, dengan kekuatan tujuh anggota tentera Markas ATB 2 bertolak dari pulau bakungan kecil ke Jeti Markas ATB 2 Batu Sapi Sandakan.

Katanya, perjalanan itu adalah bertujuan pengisian minyak dan logistik serta kebajikan anggota.

“Walaubagaimanapun pada jam lebih kurang 11.00 pagi, ketika Bot Ronda tersebut tiba berhampiran laut Pulau Nunuyan telah dipukul ombak besar dan menyebabkan ianya karam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Idris, pada jam lebih kurang 2.50 petang kesemua mangsa yang karam berjaya diselamatkan oleh sebuah Bot Ronda PGA Batalion 15 dan sebuah bot PSC 66.

“Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan telah dibawa ke markas operasi pasukan Polis Marin Sandakan untuk rawatan seterusnya proses dokumentasi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

Tun Juhar banyak menyumbang kepada Sabah sepanjang tempoh perkhidmatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular