HomeUtamaPolis tahan lelaki tipu perkhidmatan bersih rumah babit kerugian RM113,238 

Polis tahan lelaki tipu perkhidmatan bersih rumah babit kerugian RM113,238 

Read Time:1 Minute, 19 Second

BERNAMA

BALIK PULAU —Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes menipu urusan perkhidmatan pembersihan rumah yang tidak wujud melalui Facebook, sehingga menyebabkan kerugian RM113,238.61 dalam kejadian baru-baru ini.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya lelaki berusia 20-an itu ditahan di Taman Mewah, Kamunting di Perak semalam, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Polis Barat Daya sejak beberapa minggu lepas.

“Berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai menawarkan perkhidmatan pembersihan rumah menerusi iklan di Facebook namun ia sebenarnya tidak wujud.

“Jumlah kerugian yang dialami mangsa sebanyak RM113,238.61,” menurut kenyataan itu.

Polis juga memaklumkam suspek berkenaan disyaki terlibat dalam kes tersebut sejak tahun lepas dan membabitkan mangsa di beberapa negeri.

Sementara itu, menurut kenyataan sama polis turut menahan seorang wanita berusia 23 tahun kerana disyaki menjadi ejen jualan yang menjalankan urusan jual beli barang kemas yang tidak wujud secara dalam talian.

Kenyataan itu turut memaklumkan wanita terbabit ditahan di Taiping, Perak melibatkan kes yang dilaporkan pada 6 Feb tahun lepas.

“Hasil semakan lanjut mendapati wanita itu adalah ejen jualan yang berurusan dengan pengadu dalam urusan penjualan barangan kemas yang tidak wujud melalui dalam talian sehingga menyebabkan kerugian RM39,600 kepada mangsa.

“Dalam kejadian itu, suspek juga membuat ugutan kepada pengadu untuk membatalkan pembelian dan semua wang pembayaran mereka tidak akan dipulangkan jika tidak membuat pembayaran pada masa ditetapkan namun selepas selesai bayaran, barangan kemas tidak diberikan kepada pembeli,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya