HomeUtamaKemudahan sukan di Sabah akan dinaik taraf

Kemudahan sukan di Sabah akan dinaik taraf

Read Time:33 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Belia dan Sukan merancang akan menaik taraf kemudahan sukan di negeri ini termasuk Stadium Likas.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Alfred Angin memaklumkan perkara itu semasa kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Ellron turut memberi taklimat kepada Ketua Menteri aktiviti Lembaga Sukan Sabah serta kemajuan projek yang sedang dijalankan seperti Kompleks Sukan Tuaran.

Katanya, Stadium Likas bersedia dinaik taraf untuk mematuhi piawaian yang ditetapkan Asian Football Confederation (AFC) sejak Sabah FC akan bersaing dalam kejohanan Piala AFC musim ini.

Mengiringi Ellron ialah Setiausaha Tetap Datuk Mansur Asun dan pegawai kanan daripada Lembaga Sukan Sabah.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular