HomeUtamaAktiviti penyambungan haram, SESB anggar kerugian RM20 juta setahun

Aktiviti penyambungan haram, SESB anggar kerugian RM20 juta setahun

Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mengalami anggaran kerugian sebanyak RM20 juta setahun disebabkan aktiviti penyambungan secara haram pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan bekalan elektrik.

Petugas SESB sedang menjalankan pemotongan wayar dipercayai digunakan untuk sambungan bekalan elektrik secara haram di Kg Numbak.

Pengurus Besar Pembahagian, Ir. Addie Ahmad berkata, SESB akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam membanteras aktiviti penyambungan haram di negeri ini dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Justeru, katanya, usaha ini dilaksanakan bagi memastikan kestabilan perkhidmatan SESB berterusan kepada pengguna kerana 25 peratus gangguan elektrik adalah berpunca daripada kegiatan sambungan elektrik yang tidak selamat dan sah.

Ir. Addie menunjukkan wayar-wayar yang dipercayai untuk kegunaan sambungan elektrik secara tidak sah atau tidak selamat.

“SESB mengalami anggaran kerugian sebanyak RM20 juta setahun disebabkan aktiviti penyambungan haram.

“Bagi SESB pembanterasan ini memberi manfaat kepada kita sebagai membayar bil, di mana kes kehilangan sistem adalah sangat tinggi buat masa ini di seluruh Sabah yang dipanggil lost system.

“Di Sabah selain Kg Numbak, terdapat 193 koloni setinggan seluruh Sabah dan W.P Labuan dengan anggaran 31 ribu rumah yang dipercayai mendapat bekalan elektrik secara tidak sah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengetuai Operasi Bersepadu Membanteras Penyambungan Haram di penempatan atas air di Kampung Numbak yang dilaksanakan pada Khamis.

Dalam pada itu, katanya, petugas SESB hari ini telah berjaya memotong wayar-wayar dan kabel yang dipercayai penyambungan haram membabitkan kira-kira 1,000 rumah untuk mendapatkan bekalan elektrik secara tidak sah oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di kampung berkenaan.

Menurut beliau, operasi tersebut akan dilaksanakan dari masa ke semasa dengan lebih kerap oleh SESB dengan bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Imigresen dan Jabatan Air.

“Operasi ini perlu dilaksanakan dengan lebih kerap bukan sahaja untuk memastikan SESB tidak mengalami kerugian tetapi memastikan faktor keselamatan dititik beratkan kerana penyambungan secara tidak sah ini melibatkan pendawaian yang tidak mengikut piawaian pihak kawalselia serta struktur dan susun atur rumah yang tidak selamat,” tambahnya.

Menurut Addie, sejak tahun 2016 sehingga kini terdapat tujuh kes kemalangan maut melibatkan orang awam.

Dalam perkembangan lain, Addie turut memaklumkan bahawa SESB akan melantik syarikat Independent Power Distributor (IPD) untuk membekalkan elektrik ke penempatan setinggan dengan menggunakan konsep meter pra-bayar melalui Independent Power Distributor Projek perintis IPD ini sedang dilaksanakan di Kg Forest, Sandakan.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular