HomeUtamaAl-Quran panduan terpenting umat Islam dalam segenap aspek kehidupan

Al-Quran panduan terpenting umat Islam dalam segenap aspek kehidupan

Read Time:1 Minute, 39 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KUALA PENYU: Al-Quran merupakan panduan dan rujukan terpenting umat Islam dalam segenap aspek kehidupan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching berkata, melalui amalan membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungan kalam Allah  itu, ia berupaya menjadi inspirasi dan pemangkin semangat bagi masyarakat Islam untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

“Penghayatan terhadap mesej yang terkandung dalam al-Quran juga dapat menyuntik motivasi diri agar lebih maju dan berjaya dalam kehidupan”  katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Tilawah Al Quran peringkat daerah Kuala Penyu di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini kemarin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh  Pegawai Perhubungan Parlimen Beaufort Ustaz Jaludin Kadir dan turut dihadiri oleh Penolong Pegawai Daerah Pembangunan Kuala Penyu   Joumat Bisnim

Aminah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, umat Islam juga perlu diketahui bahawa dalam al-Quran terkandung pelbagai mesej dan nilai-nilai RAHMAH (Ramah, Aman, Harmoni, Mesra, Alami dan Hormat) yang dapat dihayati oleh umat Islam.

Katanya, pemahaman terhadap nilai-nilai dan mesej RAHMAH itu akan dapat menjadi panduan dan pengajaran dalam usaha kita menterjemahkan Islam sebagai agama rahmah dalam kehidupan.

“Dalam Al-Quran juga mengandungi nilai-nilai rahmah yang boleh menjadi panduan kepada kehidupan kita,misalnya, ajaran Islam menganjurkan supaya umat manusia hidup secara muafakat, bekerjasama dan bertolak-ansur.

“Walaupun berdepan cabaran untuk memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan masyarakat kepada al-Quran, namun usaha menganjurkan pelbagai inisiatif bagi memupuk budaya mencintai dan mendekati al-Quran perlu diteruskan dan dipergiatkan dalam kalangan masyarakat Islam bermula daripada keluarga kita sendiri.

“”Ia termasuklah melalui penganjuran secara Majlis Tilawah dan Mengafaz Al-Quran Peringkat Daerah, Bahagian, negeri Kebangsaan dan antarabangsa  secara tahunan dan aktiviti-aktiviti kelas pengajian al-Quran sama ada di masjid atau surau  serta pendidikan awal di sekolah-sekolah agama peringkat rendah,” katanya.

Katanya, usaha seperti itu begitu signifikan untuk memupuk budaya mencintai dan mendekati al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Pendidikan berlandaskan Al-Quran teras lahir modal insan perkasa bangsa, negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya