HomeIsu tempatanCI@UMS pelawa orang ramai hadir ke Ceramah Di Bawah Bayu Sabtu ini

CI@UMS pelawa orang ramai hadir ke Ceramah Di Bawah Bayu Sabtu ini

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

KOTA KINABALU: Institut Confucius Universiti Malaysia Sabah (CI@UMS) mempelawa orang ramai menghadiri Ceramah Di Bawah Bayu ke-23 yang diadakan di Auditorium Institut Penyelidikan Bioteknologi (IPB), Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 25 Februari 2023.

Menurut kenyataan CI@UMS, ceramah itu adalah percuma dengan tajuk “Kerja Jarum Pemeliharaan Kesihatan: Ingin Tahu Kerja Jarum yang Tidak Membetulkan Pakaian Anda, Tetapi Kesihatan Anda”.

“Ia akan bermula pukul 7:30 malam dengan disampaikan penceramah jemputan yang juga Pengarah Progam Sarjana Akupunktur Universiti Perubatan Antarabangsa Malaysia (IMU) Kuala Lumpur, Dr. Ng Shih Chau.

“Ceramah ini akan merangkumi status semasa amalan akupunktur dan moksibusi dan dua keadaan kontemporari iaitu obesiti dan status kesihatan suboptimum (subkesihatan atau sub-kesihatan) yang boleh menggunakan akupunktur dan moksibusi,” demikian menurut kenyataan itu di sini, hari ini.

Menurut CI@UMS, sesi demo akupunktur untuk peserta juga akan dijalankan pada akhir sesi ceramah.

“Ceramah ini akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris.

“Semua dialu-alukan untuk menghadiri ceramah ini dengan mengimbas kod QR seperti yang tertera pada poster untuk pendaftaran,” jelas kenyataan itu lagi.

Untuk rekod, Dr Ng Shih Chau menerima Sarjana Muda Perubatan daripada Kolej Perubatan Tradisional Cina Tianjin di China pada tahun 2000 sebelum memperoleh Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Perubatan Cina Tradisional Shanghai, China pada 2010 dan 2020.

Beliau kini merupakan pensyarah dalam bidang Perubatan Cina sejak tahun 2010. Pada tahun 2012- 2014 beliau pernah berkhidmat sebagai penyelaras Program Program Sarjana Muda Sains (Kepujian) Perubatan Cina.

Dr. Ng Shih Chau juga memberi khidmat nasihat dan rawatan Perubatan Cina Tradisional kepada pesakit di Klinik Perubatan Cina dan Penjagaan Kesihatan IMU. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

NGO Muslim Sabah disaran selaras aktiviti, elak pertindihan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya