HomeUtamaJual terung mengandungi sisa racun perosak, pembekal sayuran didenda RM 1000

Jual terung mengandungi sisa racun perosak, pembekal sayuran didenda RM 1000

Read Time:1 Minute, 10 Second

MUAR: Sebuah syarikat membekal sayur-sayuran dan buah-buahan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menyedia atau menjual sayur terung yang disyaki mengandungi residu racun perosak melebihi 0.01 mg/kg, tahun lalu.

Memetik laporan Berita Harian, Syarikat Sim Vefruit Enterprise yang beroperasi di Pagoh di sini, dijatuhi hukuman itu selepas wakilnya mengaku bersalah bagi pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Berdasarkan kertas pertuduhan, syarikat itu didakwa menyediakan untuk jualan atau menjual sayur terung yang mengandungi lebih daripada 0.01 mg/kg apa-apa residu racun perosak iaitu 0.120 mg/kg tolfenpyrad 0.120 mg/kg), jika racun perosak itu tidak dinyatakan bagi makanan itu dalam Jadual Keenam Belas atau Codex Alimentarius.

Perbuatan itu dilakukan di Megamart Sdn Bhd (Parit Bakar), Jalan Temenggung Ahmad, Parit Bakar di sini, jam 11.40 pagi, 24 Ogos 2022. 

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Peraturan 397(1) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan dihukum bawah Peraturan 397(2) peraturan sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa dari Pejabat Kesihatan Muar, Mohd Fauzi Mohd Salleh memohon hukuman setimpal terhadap tertuduh sebagai pengajaran. 

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman denda yang rendah kerana mempunyai tanggungan ibu, bapa dan bapa mentua yang sudah uzur serta anak-anak yang masih bersekolah.

RELATED ARTICLES
Utama

Tinjauan di MBCA, teroka khazanah alam tersembunyi – Ghulam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular