HomeUtamaDr Rose Nani Dilantik Pengarah Baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Dr Rose Nani Dilantik Pengarah Baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah

Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Rose Nani Mudin dilantik sebagai Pengarah Baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkuat kuasa 13 Julai 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Dr Rose merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan klinikal.

“Dr Rose juga mempunyai kepakaran di dalam bidang epidemiologi dan penyakit bawaan vektor selain pernah bertugas sebagai Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

Noor Hisham berkata, Dr Rose juga pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Besar Kesihatan Sungai Koyan, Raub, Pahang.

“Saya mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dapat diteruskan,”katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

CIS serah zakat perniagaan RM100,000

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya