HomeUtamaProgram I-Plant mampu wujudkan bandar rendah karbon

Program I-Plant mampu wujudkan bandar rendah karbon

Read Time:1 Minute, 22 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kota Kinabalu : Program Inisiatif Penghijauan Lestari Aspirasi Negeri Taman Terindah (I-Plant) merupakan satu inisiatif bagi mempromosi dan memupuk kesedaran semua pihak tentang kepentingan memelihara alam sekitar.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Isnin Aliasneh berkata, ia juga merupakan satu inisiatif dalam menunjukkan semangat kecintaan pada alam semulajadi.

“Program ini merupakan satu inisiatif dan langkah proaktif Sektor Landskap dan Kelestarian kementerian secara usaha sama di peringkat sekolah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta agensi kerajaan dan swasta.

“Ia juga adalah bagi mempromosi dan memupuk kesedaran semua pihak secara berterusan tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar dengan mengembalikan semula sumber hijau dalam persekitaran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas melancarkan program I-Plant di tapak Ramsar Wetland Kota Kinabalu, Likas, di sini semalam.

Isnin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias berkata, program itu juga diharap dapat memberi kesedaran tentang kepentingan penanaman pokok yang menyumbang kepada peningkatan proses penyerapan karbon serta mencapai matlamat mewujudkan bandar rendah karbon.

Katanya, pelaksanaan program ini adalah bagi menyokong hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025, Dasar Landskap Negeri Sabah serta Inisiatif KKTP Ke Arah Masyarakat Rendah Karbon.

“Kesedaran yang ingin diterapkan amat jelas iaitu untuk memelihara alam dan persekitaran semulajadi adalah satu tanggungjawab persendirian dan kolektif, serta tanggungjawab yang perlu berterusan dalam apa keadaan sekalipun,” katanya.

Isnin turut berharap program itu dapat diadakan secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penghijauan dalam usaha mengurangkan pemanasan global dan ancaman perubahan iklim.

Sebanyak 100 paya bakau spesis Rhizophora apiculata telah ditanam oleh seramai 60 peserta yang terdrii daripada kakitangan Jabatan Landskap KKTP pada pelancaran program tersebut. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

400 pelajar sertai Program Smart Jawab SPM 2024

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular