HomeIsu tempatanHari Wanita, simbol kesamarataan dalam pelbagai bidang

Hari Wanita, simbol kesamarataan dalam pelbagai bidang

Read Time:1 Minute, 26 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tambunan: Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun, pastinya diraikan seluruh masyarakat tanpa mengenal usia dan agama.

Bagi wanita di Kampung Narayat Tambunan, Hari Wanita Sedunia yang merupakan simbol kesamarataan dari segi hak-hak serta peluang dalam pelbagai bidang, harus diraikan oleh golongan wanita.

Pengerusi Penganjur Program Hari Wanita Sedunia Kampung Narayat, Felicia Onsodon, berkata, wanita masa kini bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, dan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahu pun isteri sepenuh masa di rumah.

“Pada Hari Wanita Sedunia ini, kami saling mendorong kepada semua keluarga di kampung ini untuk meluangkan waktu bagi meraikan wanita di dalam hidup mereka menerusi majlis ringkas tetapi meriah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Wanita Sedunia Peringkat Kampung Narayat Tambunan, di sini hari ini.

“Kita amat bersyukur kerana keseimbangan dari segi kepimpinan kini amat jelas terlihat dalam negeri mahu pun negara kita khususnya dalam bidang pendidikan, bidang kerjaya, mahupun dari sudut membuat sesuatu keputusan.

Menurut Felicia, majlis bertemakan pakaian Kebaya kain batik, kain sarung dan skirt itu adalah bagi memberi inspirasi, baik kepada golongan ibu, mahu pun anak-anak dalam kalangan wanita.

“Kami berharap majlis ini dapat dimanfaatkan sebagai peluang buat anak-anak untuk mengungkapkan penghargaan dan rasa terima kasih anda atas kehadiran serta jasa ibu mereka.

“Ini adalah kesempatan bagi penduduk di seluruh Kampung Narayat untuk bersatu padu, selain ruang menghormati sumbangan wanita terhadap masyarakat,” katanya.

Uniknya mengenai majlis tersebut, hanya golongan wanita yang hadir tanpa kehadiran para suami mahu pun anak-anak lelaki masing-masing.

Majlis turut diserikan dengan acara pemotongan kek oleh para wanita yang hadir, dan seterusnya sesi ramah mesra dalam kalangan mereka. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

‘Dapur Kita-Kita’ bantu ringankan pekerja berpendapatan rendah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular