HomeEkonomiUsahawan Pamelo mampu raih pulangan lumayan menerusi MoU jual beli bersama FAMA

Usahawan Pamelo mampu raih pulangan lumayan menerusi MoU jual beli bersama FAMA

Read Time:1 Minute, 16 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Tenom : Usahawan Pamelo atau limau barli khususnya di daerah ini berpeluang untuk menikmati pulangan lebih lumayan menerusi hasil perjanjian persefahaman (MoU) jual beli bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Perjanjian melalui program Ladang Kontrak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) bagi mendapatkan hasil buah berkualiti dan bergred tinggi pada kadar yang dipersetujui.

FAMA Sabah dalam satu kenyataan berkata, pembekalan buah pomelo dari Tenom kepada FAMA Sabah telah bermula sejak tahun 2005 dengan sasaran pemasaran ke Semenanjung.

Menurut kenyataan itu lagi, menerusi program-program promosi pemasaran di Semenanjung , permintaan ke atas buah Pomelo Tenom dilihat terus meningkat.

“Melalui MoU jual beli ini, FAMA bersetuju untuk membeli Pomelo Tenom pada harga pasaran (ex-ladang) semasa dengan penetapan Harga Lantai RM3.10 per kilogram jika mana harga ladang jatuh di bawah harga lantai tersebut.

“Pada masa yang sama, penanam diminta untuk membekal buah dengan berat di antara 1.0 hingga 1.8 kilogram, pada kuantiti minima 6,000 kilogram seminggu, di samping terma-terma yang telah dipersetujui bersama, termasuklah mempraktikkan peraturan GPL FAMA,” menurut kenyataan itu di sini baru -baru ini.

MoU jual beli ini adalah kesinambungan dari MoU yang telah ditandatangani bersama FAMA pada 23 Oktober 2022 untuk membekal sekurang-kurangnya 350 tan metrik Pomelo Tenom bagi tahun 2023 dengan nilai dijangka mencecah RM1.3 juta.

Majlis menandatangani MoU itu disaksikan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin dan turut dihadiri Ahli Parlimen Tenom Riduan Rubin dan Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya