HomeUtamaLelaki direman bantu siasatan penemuan puluhan bangkai, rangka kucing

Lelaki direman bantu siasatan penemuan puluhan bangkai, rangka kucing

Read Time:51 Second

Lelaki dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, direman sehingga 28 Mac susulan penangkapannya semalam.

Ketua Polis Cheras Zam Halim Jamaluddin, berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan di Cheras.

“Tangkapan telah dibuat dan penahanan reman dibenarkan sehingga 28 Mac ini.

“Pihak polis masih menyiasat insiden tersebut,” katanya menurut Astro Awani.

Semalam, Zam Halim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 13 Mac lalu dan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan membunuh haiwan.

Pada Jumaat, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) menerusi laman sosial Facebook mendedahkan penemuan puluhan rangka, organ dan bangkai kucing dalam rumah disewa suspek.

MAA turut menggesa Jabatan Perkhidmatan Veterinar melakukan siasatan menyeluruh berhubung penemuan itu.

Presiden MAA, Arie Dwi Andika, berkata setakat pengetahuan beliau, kes itu adalah yang pertama melibatkan pembunuhan haiwan dalam kuantiti banyak di negara ini.

Penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing terbongkar selepas jiran di kondominium berkenaan membuat aduan berhubung bau busuk dari rumah itu.

RELATED ARTICLES
Utama

Letusan Gunung Ruang: MET Malaysia keluar Amaran Cuaca Penerbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya