HomeUtamaKPM setuju sesi persekolahan kembali bermula Januari

KPM setuju sesi persekolahan kembali bermula Januari

Read Time:49 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Kuala Lumpur: Sesi persekolahan dijangka akan dikembalikan secara prinsipnya kepada Januari selepas ia mendapat pandangan dari pelbagai pihak berhubung kepentingan untuk berbuat demikian khususnya dari kalangan ibu bapa.

Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek berkata, bagaimanapun perkara itu tidak dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat kerana perlu meneliti beberapa faktor berkaitan.

Katanya, ia juga tertakluk kepada pelbagai justifikasi berdasarkan kepada pematuhan Akta Pendidikan 1996.

“Perancangan itu juga perlu memastikan setiap subjek dapat diselesaikan, selain tidak mengganggu jadual peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga perlu mengambil kira faktor cuaca tidak menentu dan tahap ekonomi setempat, sebelum mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari,” katanya.

Fadlina berkata, pihaknya juga perlu mematuhi beberapa aspek, termasuk bilangan persekolahan murid yang tidak boleh kurang daripada 190 hari dalam tempoh setahun.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 bagi KPM di Dewan Rakyat, di sini semalam.

RELATED ARTICLES
Utama

Tandas bersih kriteria utama perbaharui lesen perniagaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular