HomeUtamaKKM terus didik orang ramai tentang bahaya memakan ikan buntal.

KKM terus didik orang ramai tentang bahaya memakan ikan buntal.

Read Time:58 Second

Kota Kinabalu : Sebanyak 58 kes keracunan ikan buntal dilaporkan membabitkan 18 kematian yang direkodkan sejak 1985 hingga Mac tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ikan yang mengandungi toksin berbahaya itu juga sebenarnya tidak dibenarkan untuk dijual.

“Seksyen 13 Akta Makanan 1983 telah menerangkan dengan secukupnya mengenai larangan penjualan mana-mana makanan yang mengandungi atau di atasnya apa-apa bahan yang beracun, berbahaya atau sebaliknya memudaratkan kesihatan.

“Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), Kementerian Kesihatan (KKM) telah menghasilkan bahan pendidikan sebagai langkah meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung toksin berbahaya dalam ikan buntal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, KKM juga akan terus mendidik orang ramai tentang keselamatan makanan termasuk bahaya memakan ikan buntal.

Katanya, berdasarkan tinjauan yang dijalankan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (FSQD), KKM pada tahun 2019 menunjukkan sebanyak 86 peratus responden yang terdiri daripada orang awam, penjual ikan, nelayan dan tukang masak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang bahaya pengambilan ikan buntal.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita maut manakala suaminya dimasukkan ke Unit Rawapan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) selepas makan hidangan ikan buntal di Johor Bharu. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Badan Berkanun, GLC Negeri perlu sokong aspirasi kerajaan negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular