HomeUtamaLPPB terima 41,135 permohonan rumah kos rendah di Sabah tempoh 5 tahun

LPPB terima 41,135 permohonan rumah kos rendah di Sabah tempoh 5 tahun

Read Time:1 Minute, 13 Second

SOOK: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) menerima 41,135 permohonan untuk mendapatkan rumah kos rendah di Sabah dalam tempoh lima tahun berakhir Mac tahun ini.

Pengerusi LPPB, Datuk Masiung Banah berkata, statistik itu terlalu tinggi berbanding bilangan rumah yang telah dan sedang dilaksanakan oleh pihaknya.

” Kita kini sedang menyasarkan untuk memenuhi keperluan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah permohonan yang diterima, ” katanya selepas menyempurnakan cabutan undi 32 lot rumah kos rendah di Sook, pagi semalam.

Bagaimanapun, katanya ia adalah bergantung pada jumlah peruntukan yang disalurkan daripada kerajaan negeri dan Persekutuan.

Masiung berkata, pihaknya kini sedang merangka garis panduan termasuk membentuk Jawatankuasa Strategik dan Pelaburan (JSP) bagi mengurangkan jumlah permintaan rumah kos rendah di Sabah.

Ketika berucap pada majlis cabutan undi rumah kos rendah di Sook, beliau berkata LPPB bersedia membantu memberi khidmat nasihat kepada penerima rumah yang sukar mendapat pinjaman bank.

Menurut Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut, setiap pemohon rumah kos rendah akan ditapis mengikut kelayakan.

Hanya mereka yang mempunyi pendapatan keluarga di bawah RM3,000 sahaja yang layak memohon rumah kos rendah dan dijual serendah harga RM47 ribu seunit.

“ Di luar sana ramai bertanya, kenapa rumah kos rendah tidak dibina di sekitar bandar. Ini kerana harga kos tanah yang tinggi di bandar tidak mampu menampung nilai harga rumah yang cukup murah,” jelasnya.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejatheraan, Datuk Flovia Ng, Pengurus Besar LPPB, Rosmery Ahping dan Penolong Pegawai Daerah Sook, Jeffry Japar turut hadir menyaksikan majlis cabutan undi tersebut.

RELATED ARTICLES
Utama

Lelaki dikhuatiri hilang di sungai semasa menjalankan aktiviti menangkap ikan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular