HomeIsu tempatan25 peserta wanita jayakan kursus anyaman buluh

25 peserta wanita jayakan kursus anyaman buluh

Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Belud : Seramai 25 peserta terdiri daripada golongan wanita sekitar daerah ini telah menyertai Kursus Anyaman Buluh selama empat hari yang berakhir kelmarin.

Kursus yang diadakan di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Kadamaian itu telah dianjurkan oleh Hopes Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam membantu masyarakat dan Pusat Khidmat ADUN Kadamaian.

Pengerusi Penyelaras Pusat Khidmat ADUN Kadamaian Anichlose Kesimin berkata, kursus yang julung kalinya dianjurkan selepas pandemik COVID-19 itu adalag bertujuan bagi meningkatkan lagi kemahiran dan minat dalam seni kraf warisan di kalangan wanita khususnya suri rumah, ibu tunggal dan belia.

“Saya berharap mereka dapat menggunakan kemahiran seni kraf untuk menghasilkan lebih banyak produk kraftangan mengikut kekreatifan mereka bagi menambah sumber pendapatan keluarga.

“Mereka boleh menjual produk kraftangan mereka di pusat-pusat eko pelancongan di Kadamaian sebagai cenderahati. Ini kerana kraftangan adalah antara produk yang popular sebagai hadiah atau cenderahati, sama ada untuk pelancong tempatan atau asing,” katanya.

Anichlose berharap, kursus seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertainya.

“Kursus seumpama ini memberi manfaat kepada komuniti khususnya suri-suri rumah dan ibu-ibu di kawasan Kadamaian.

“Pusat Khidmat ADUN Kadamaian merakamkan tahniah dan terima kasih kepada pihak Hopes Malaysia yang diketuai oleh Mr. Sam Lee dan Efendi Lim kerana memilih Kadamaian sebagai lokasi menganjurkan kursus ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada tenaga pengajar daripada Koperasi Kraf Batu Lunguyan Sook Berhad, Keningau kerana memberikan kerjasama menjayakan program itu.

“Terima kasih juga kepada Datuk Ewon Benedick selaku ADUN Kadamaian merangkap Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana memberikan kepercayaan kepada Pusat Khidmat ADUN Kadamaian menyelaraskan program ini khasnya menyediakan tempat dan kemudahan selesa kepada para peserta,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

1,500 pengunjung meriahkan sambutan raya Pusat Alumni UMS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya