HomeUtamaPengunjung BRR di Sabah berpeluang terima insentif tunai

Pengunjung BRR di Sabah berpeluang terima insentif tunai

Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu : Seramai 6,000 pengunjung Bazar Ramadan Rahmah (BRR) di tiga lokasi BRR di negeri ini berpeluang menerima insentif tunai RM20 secara ‘one-off’ yang akan dimasukkan ke e-wallet masing-masing.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri  Dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Sabah Georgie Abas berkata, ia adalah bagi membolehkan pengunjung membuat pembelian tanpa tunai (cashless).

Tiga lokasi BRR yang disediakan di Sabah ialah BRR Lintasan Deasoka, Kota Kinabalu; BRR Hadapan Sabindo Plaza, Tawau; dan BRR Juara Sport Arena Ketiau.

“KPDN Sabah dengan kerjasama rakan strategik dari pihak penyedia perkhidmatan e-wallet L (Touch ‘n Go dan Boost) turut menawarkan pemberian insentif e-tunai kepada 6,000 pengguna dan pengunjung BRR.

“e-tunai itu akan diberikan dalam bentuk e-wallet bernilai RM20 bagi 1,000 pengunjung terawal di setiap lokasi BRR pada tarikh-tarikh terpilih, ” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Antaranya ialah di Lintasan Deasoka pada 1 dan 2 April bagi pengguna Touch n Go manakala pada 8,9,15 dan 16 April pula bagi pengguna Boost.

Bagi BRR Juara Sport Arena Ketiau pula adalah pada 8 dan 9 April.

Manakala BRR hadapan Sabindo Plaza Tawau pula ialah pada 1,2,15 dan 16 April bagi pengguna Boost.

Georgie berkata, inisiatif itu sekaligus memperluaskan lagi Program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) yang bertujuan untuk memastikan peniaga kecil tidak terus ketinggalan di dalam arus perdana dan bersama-sama dalam melibatkan diri menerusi model baharu perniagaan secara digital dengan mengaplikasikan pembayaran digital tanpa tunai.

Katanya, inisiatif itu juga mendokong kerangka pelaksanaan MyDIGITAL, Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) dan Pelan Pelaksanaan Dasar (PPD) RMK-12 bagi sektor peruncitan.

“Ia akan dapat membantu peniaga melonjakkan semula ekonomi mereka dengan mempelbagai pilihan pembayaran di samping meningkatkan lagi pendapatan terutamanya pada musim perayaan ini,” katanya. – SABAH MEDIA.

RELATED ARTICLES
Mahkamah Kota Kinabalu
Utama

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Tangguh Kes Berkaitan Akta Laut Wilayah Hingga...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular