HomeIsu tempatanMangsa kebakaran  Jalan Saga Likas terima sumbangan

Mangsa kebakaran  Jalan Saga Likas terima sumbangan

Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 17 keluarga  mangsa kebakaran Jalan Saga telah menerima sumbangan daripada Wanita, Pemuda dan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di Dewan Serbaguna Kampung Likas semalam.

Sumbangan disampaikan oleh Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Aziah Atoh kepada mangsa kebakaran Jalan Saga Kampung Likas.

Sumbangan tersebut berupa air mineral, makanan dan wang tunai.

Pada Rabu malam, sebanyak 15 rumah setinggan di Jalan Saga, Likas, di sini musnah dalam kebakaran menyebabkan 17 keluarga tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.20 malam itu tiada sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan selepas semua penghuni rumah berkenaan sempat menyelamatkan diri.

Hadir sama Exco Pemuda Gagasan Rakyat Abqaree Fawwaz Abekan, Ketua Beliawanis Emmy Martin Idang, Ketua Pemuda Dun Likas Gagasan Rakyat Syahmee Mohd Ron serta ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Beliawanis daripada bahagian berdekatan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular