HomeIsu tempatanProjek naik taraf SMK Nabawan dimulakan tahun ini

Projek naik taraf SMK Nabawan dimulakan tahun ini

Read Time:1 Minute, 31 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Nabawan : Sebanyak RM26.45 juta diperuntukkan bagi membina bangunan baharu bilik darjah dan pembinaan kuarters guru untuk menggantikan bangunan kuarters lama yang daif di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nabawan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, proses pembinaan itu dijangka akan bermula pada penghujung tahun ini. 

“Kerajaan memperuntuk sejumlah RM26.45 juta bagi kedua-dua projek ini dan pada tahun ini sebanyak RM4 juta daripada jumlah tersebut telah diperuntukkan bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan. 

“Skop projek termasuklah pembinaan bangunan baharu 12 bilik darjah serta lain-lain kemudahan dan juga pembinaan gantian satu blok kuarters guru (lapan unit) bertingkat di sekolah tersebut,”katanya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Tingkatan Enam SMK Nabawan Sesi 2021/2022 di sini hari ini.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, pembinaan 12 bilik darjah itu akan memberi lebih keselesaan kepada para pelajar dan guru tingkatan enam SMK Nabawan.

Katanya, sebelum ini para pelajar dan guru terpaksa menumpang di bangunan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Nabawan kerana kekurangan bilik darjah.

“Projek yang berteraskan kepada keperluan rakyat mencerminkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan para pelajar di kawasan pedalaman tidak ketinggalan daripada mendapat infrastruktur dan persekitaran pendidikan yang selesa bagi membolehkan mereka mencapai perkembangan diri yang optimum.

“Persekitaran pembelajaran memainkan peranan yang penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran seterusnya membolehkan para pelajar memberi lebih penumpuan terhadap pembelajaran,” katanya.

Dalam pada itu, bersempena majlis konvokesyen beliau turut berkesempatan merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah kepada bekas pelajar tingkatan enam SMK Nabawan bagi tahun 2021/2022 atas kecemerlangan yang telah dicapai.

Beliau turut menyatakan harapan agar para graduan dan juga anak-anak jati Parlimen Pensiangan akan dapat bersama-sama beliau dalam mencambah idea dan buah fikiran untuk turut sama membangunkan Parlimen Pensiangan. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pesta Kaamatan landasan terbaik kukuhkan ikatan perpaduan merentasi agama, bangsa dan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular