HomeUtamaBekerjasama erat persiap sumber manusia pacu pertumbuhan ekonomi negara - Anwar

Bekerjasama erat persiap sumber manusia pacu pertumbuhan ekonomi negara – Anwar

Read Time:44 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak untuk menjalin usaha sama yang erat dalam mempersiapkan sumber manusia bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menghadapi tantangan masa hadapan.

Anwar dalam catatan di Facebook sempena sambutan Hari Pekerja hari ini berkata semua pihak mesti berusaha dan bekerja kuat demi memastikan Malaysia terus maju pada masa hadapan.

“Tanggal 1 Mei ialah hari bagi menghargai daya usaha, jerih perih dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pekerja dalam menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran negara.

“Sememangnya pekerja merupakan tonggak terpenting yang menjayakan agenda pembangunan negara sekian lama,” katanya.

Perdana Menteri berkata tema sambutan Hari Pekerja tahun ini, Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia MADANI, mencerminkan aspirasi yang mendukung prinsip kesejahteraan, keadilan, saling menghormati, ihsan serta jalinan kerjasama semua rakyat untuk berganding bahu membina Malaysia menjadi sebuah negara yang bertamadun.

“Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia,” katanya.- BERNAMA

RELATED ARTICLES
Utama

Lebih 5,000 pengunjung meriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Kewangan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya