HomeIsu tempatanGraduan STPM diseru terus tingkat tahap pendidikan lebih tinggi

Graduan STPM diseru terus tingkat tahap pendidikan lebih tinggi

Read Time:1 Minute, 6 Second

Langgani saluran TELEGRAM kami untuk berita terkini

Beaufort : Graduan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM) diseru untuk terus mengambil peluang yang ada bagi meningkatkan lagi tahap pendidikan yang lebih tinggi.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, pendidikan amat penting dalam mengubah kehidupan semua pihak.

“Dengan adanya ilmu pengetahuan, kita dapat mengubah kehidupan pada masa akan datang dengan lebih baik.

“Oleh itu para graduan  STPM yang telah menduduki peperiksaan STPM pada tahun ini seharusnya mengambil peluang yang ada untuk meningkatkan tahap pendidikan masing-masing ke tahap yang lebih tinggi selepas STPM ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Pusat Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 2022 di sini semalam.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, peluang yang ada itu juga merupakan berkat usaha dan kesungguhan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

“Saya yakin dan percaya bahawa para  graduan yang ada ini akan memperoleh pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan STPM nanti.

“Para graduan tingkatan enam SMK Beaufort, ingatlah bahawa anda semua merupakan harapan keluarga, guru-guru, sekolah, masyarakat malah bakal pemimpin untuk negara pada masa akan datang.

“Oleh itu, ambillah peluang dalam bidang pendidikan untuk menggapai sebuah kejayaan yang cemerlang dalam hidup ini. Berkat Usaha, Ikhtiar, Doa dan Tawakal yang tersemat dalam diri anda,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

83 sertai seminar pendidikan pelajar pekak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular