HomeIsu tempatanKPVKMSB santuni warga Hospital Semporna sempena sambutan Hari Raya

KPVKMSB santuni warga Hospital Semporna sempena sambutan Hari Raya

Read Time:1 Minute, 2 Second

SEMPORNA: Pengerusi Koperasi Permuafakatan Veteran Komando Malaysia Sabah Berhad (KPVKMSB) merangkap Penasihat Persatuan Veteran Komando Malaysia Sabah (PVKMS), Mejar Biyazid Reduan@Redzuan (Bersara), telah menyantuni warga hospital sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Hospital Semporna baru-baru ini.

Mejar Biyazid hadir sebagai memenuhi undangan Dr Mohd Syahfadzreen Yunus selaku Pengarah Hospital Semporna.

Pada Majlis Hari Raya yang berlangsung di Dewan Lepa Hospital Semporna, turut diadakan lawatan kebajikan ke Wad Kanak-Kanak dan menyantuni mereka dengan sumbangan ‘Duit Raya’ sebagai tanda sokongan, simpati dan untuk memberi motivasi kepada keluarga pesakit.

Turut hadir ke majlis itu ialah Timbalan Pengerusi KPVKMSB Abd Masik Kabbul dan Setiausaha KPVKMSB Mad Sarip Saleh.

Dalam pada itu, Dr Mohd Syahfadzreen mewakili staff dan warga hospital merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Majer Biyazid bersama rombongannya kerana sudi memenuhi undangan pihak Hospital Semporna.

“Saya mewakili warga hospital di sini berterima kasih atas kesudian Majer Biyazid serta rombongannya sambil menyantuni warga hospital dan memberi sumbangan duit raya kepada para pesakit terutama kanak-kanak.

“Sumbangan itu sekurang-kurangnya telah meringankan beban kewangan kepada para pesakit.Kita amat memerlukan sumbangan ikhlas seumpama itu bagi meringankan beban mereka”, kata Dr Mohd Syahfadzreen sambil mengharapkan badan-badan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan yang lain dapat mencontohi usaha pihak KPVKMSB tersebut.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Orang ramai dijemput hadir ke pameran khas karya seni Tuan Yang...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular