HomeUtamaSabah Dijadual Terima Lebih 1 Juta Dos Vaksin COVID-19 Untuk Julai -...

Sabah Dijadual Terima Lebih 1 Juta Dos Vaksin COVID-19 Untuk Julai – Masidi

Read Time:51 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU — Sabah dijadual menerima lebih 1 juta dos vaksin COVID-19 untuk bulan ini (Julai), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Beliau yang juga jurucakap rasmi kerajaan Sabah berkenaan COVID-19 berkata, untuk bulan ini Sabah telah menerima 747,980 dos vaksin itu setakat ini termasuk penghantaran terbaharu 152,100 dos yang telah sampai ke sini petang semalam.

Masidi berkata mengikut jadual penghantaran Sabah akan menerima 30,000 dos vaksin COVID-19 esok (23 Julai) dan satu lagi bekalan vaksin dalam kuantiti yang besar iaitu 308,880 dos dijangka sampai pada Rabu depan (28 Julai).

“Kita mengharapkan tidak ada lagi gangguan ke atas penghantaran bekalan vaksin bagi bulan Ogos dan seterusnya, ini akan membolehkan kita meningkatkan kadar vaksinasi bagi penduduk Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 8 Julai lepas, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan sebagai berkata, Sabah dijangka menerima 2.2 juta dos vaksin COVID-19 pada bulan ini dan awal bulan depan (Ogos) bagi melancarkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

RELATED ARTICLES
Utama

22 rumah musnah dalam kebakaran di Batu 3 Sandakan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya